DBKL laksana operasi sita - Utusan Malaysia

DBKL laksana operasi sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan operasi menyita premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran bermula akhir bulan ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, untuk permulaan operasi sehingga hujung tahun itu melibatkan kawasan sekitar Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak.

“Beberapa siri operasi menyita akan menyusul di seluruh ibu kota ke atas premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran tinggi.

“DBKL meminta pihak berkaitan untuk menjelaskan cukai itu dengan segera bagi mengelakkan sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khairul Azmir, tindakan sita dilaksanakan mengikut Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi tujuan menuntut bayaran tunggakan cukai taksiran.

“Bagi premis kosong dan tiada harta mudah alih, tindakan mahkamah akan diambil sehingga premis yang mempunyai tunggakan itu dilelong selaras dengan Seksyen 151, Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN