KES pendakwaan membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengheret dua syarikat tersenarai yang dikaitkan dengannya iaitu Datasonic Group Bhd. (Datasonic) dan MyEG Services Bhd. (MyEG). Saham kedua-dua syarikat tersebut menjunam dengan teruk lebih 15 peratus hingga digantung Bursa Malaysia sepanjang hari. Pada Jumaat, saham MyEG jatuh 24.7 peratus dan ditutup kepada pada paras terendah dalam tempoh tiga bulan kepada RM1.13 sesaham. Bagaimanapun, pada Isnin ia…










