DAPSY bimbang wakil rakyat UMNO sertai PH - Utusan Malaysia

DAPSY bimbang wakil rakyat UMNO sertai PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 28 Okt. – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) melahirkan kebimbangan melihat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) khususnya dari UMNO, menyertai parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan sejak kebelakangan ini.

WONG KAH WOH
WONG KAH WOH

Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh mengingatkan, pihaknya tidak bersetuju dengan dengan sebarang tindakan keluar parti selepas pilihan raya kerana menyifatkan ia bertentangan dengan prinsip mereka.

Beliau berpandangan, sudah tiba masanya kerajaan Persekutuan melakukan pembaharuan demokrasi dengan memperkenalkan undang-undang lompat parti melibatkan semua wakil rakyat, tidak kira mana parti sekali pun termasuk di Sabah dan Sarawak. 

“Jika ingin keluar dari parti, adalah menjadi satu asas demokrasi untuk mereka melepaskan jawatan tersebut terlebih dahulu.

“Perlembagaan Persekutuan harus dipinda supaya mereka dibenarkan untuk bertanding semula di kawasan sama pada pilihan raya kecil akibat daripada pengosongan kerusi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen DAPSY Perak yang dirasmikan oleh Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, DAPSY berharap semua parti komponen Pakatan Harapan harus mengambil pendekatan yang amat cermat dalam hal tersebut.

Beliau mengingatkan, mereka yang telah keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan adalah berada di pihak lawan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu.

“Antara kita pun, ramai yang kena dicaci dan telah pun difitnah. Ini adalah peristiwa yang tidak boleh dilupakan walaupun kita memasuki bulan keenam memerintah kerajaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN