SEREMBAN – DAP Pusat kesal dengan sikap keras kepala seorang pemimpin parti itu yang masih belum mengemukakan permohonan maaf kerana menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob baru-baru ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar kecil) berkata, dua pemimpin DAP yang menjadi menteri di Sabah iaitu Stephen Wong dan Frankie Poon serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Wong Fort Pin sudah pun meminta maaf secara peribadi kepada parti.
“Sabah sudah selesai dan di Melaka hanya seorang telah mohon maaf kepada parti. Seorang sahaja lagi yang keras kepala.
“Saya bukan minta pulangkan (anugerah), sebaliknya cuma membuat permohonan maaf kepada parti secara peribadi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen DAP Negeri Sembilan ke- 18 di sini semalam.











