PUTRAJAYA – Cuti untuk semua anggota pasukan keselamatan dibekukan serta-merta sehingga Disember ini bagi menghadapi kemungkinan banjir berikutan ketibaan musim monsun timur laut yang bermula sejak tiga hari lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, arahan tersebut dibuat berdasarkan pembentangan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut telah pun bermula pada 27 Oktober 2018 dan dijangka berlarutan hingga Mac 2019. Katanya, daripada jumlah anggota pasukan keselamatan…










