PANORAMA bukit bukau dan hamparan sawah padi menjadi pemandangan indah buat pengunjung yang mahu menuju ke Curug 7 Bidadari yang terletak di Dusun Keseneng, Desa Keseneng, Kecamatan Sumowono, Kabupaten Semarang, Jawa Tengah. Setiba di kawasan air terjun tujuh bidadari itu, pengunjung akan disambut dengan bunyi deruan air terjun yang menghempas ke batu sambil ditemani suasana alam yang nyaman serta tenang. Kawasan pelancongan yang dibuka pada pertengahan tahun 2010 itu mempunyai…










