Cubaan tanam persepsi UMNO tidak relevan - Utusan Malaysia

Cubaan tanam persepsi UMNO tidak relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 24 Okt. – UMNO Perak menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya UMNO sudah mati merupakan cubaan untuk menanam persepsi bahawa parti itu tidak lagi relevan.

Dato' Saarani Mohamad
SAARANI

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, selepas UMNO cuba dikuburkan melalui pendakwaan berpilih dengan mengheret pemimpinnya ke mahkamah, kini plot-plot politik dendam terus digerakkan untuk menyekat kemaraan UMNO sebagai blok pembangkang yang kuat dan konstruktif.

Katanya, plot-plot itu terus disusun setelah usaha membawa keluar segelintir wakil rakyat UMNO gagal mewujudkan gerakan besar-besaran meninggalkan UMNO di peringkat akar umbi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru tidaklah menghairankan apabila Dr. Mahathir dalam kenyataannya turut meminta ahli UMNO keluar beramai-ramai menyertai parti beliau.

“Hakikatnya walaupun kekalahan PRU-14 memberi tamparan hebat kepada UMNO, namun sebagai sebuah parti politik terbesar dan mempunyai bilangan ahli paling ramai, UMNO masih memikul amanah besar dalam menyuburkan nilai-nilai politik yang membina,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa UMNO sudah tidak wujud.

Saarani seterusnya meminta seluruh ahli UMNO tidak membiarkan kenyataan orang di luar UMNO membuatkan ahli hilang fokus dalam melaksanakan proses pemulihan parti yang sedang berjalan di semua peringkat.

“Walaupun wujud tekanan demi tekanan untuk menghambat perjuangan UMNO kebelakangan ini, saf kepimpinan dan ahli UMNO perlu kekal fokus membina semula parti supaya bangkit lebih kuat memenangi Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini