Cubaan seludup 11,200 kotak rokok gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup 11,200 kotak rokok gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Cubaan satu sindiket menyeludup sejumlah 11,200 kotak rokok pelbagai jenama berjaya digagalkan Maritim Malaysia (APMM) di Tanjung Layang, Banting di sini malam tadi. 

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, kesemua rokok yang dirampas adalah jenis Gudang Garam Surya, Semporna dan Malboro berserta sebuah lori yang dianggarkan bernilai RM115,600.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kejayaan tersebut hadir hasil maklumat awam berhubung sebuah bot yang mencurigakan menuju ke Tanjung Layang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepasukan anggota bersama sebuah bot peronda kemudiannya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun setiba di kawasan berhampiran iaitu kira-kira 0.1 batu nautika dari Tanjung Layang didapati bot penyeludup itu menuju diri ke kawasan bakau dengan suspek bertindak melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kemudiannya menemui sebuah lori dengan didalamnya terdapat bungkusan rokok masing-masing 4,200 kotak rokok jenis Gudang Garam Surya, Semporna (4,000 kotak) dan Malboro (3,000 kotak),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Rosli menambah, kesemua rampasan kes telah dibawa ke Unit Siasatan Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini