RIJEKA, Croatia – Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menggambarkan keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu England bagi aksi Liga Negara-Negara Eropah tanpa kehadiran penonton di Stadium Rujevica awal pagi semalam adalah satu perkara yang menyedihkan.
Croatia telah digantung oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sekali gus me-nyaksikan penyokong mereka dihalang memasuki stadium setelah simbol ‘swastika’ diukir di padang semasa perlawanan kelayakan Euro 2016 bertemu Itali kira-kira tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, aksi menentang England tersebut merupakan aksi terakhir mereka beraksi tanpa penonton dan bebas daripada hukuman tersebut selepas ini.
“Suasana di stadium untuk aksi kali ini bukanlah mudah kepada semua pemain dan ia ternyata amat menyedihkan.
“Saya berharap ia adalah yang terakhir buat pasukan dan tidak mahu situasi seperti ini kembali berulang pada masa akan datang.
“Aksi bola sepak sepatutnya berlangsung dengan kehadiran penyokong dan amat menyedihkan apabila pemain terpaksa berdepan situasi sebegini.
“Saya juga tidak tahu keadaan ini akan menguntungkan siapa apabila kami perlu beraksi dalam stadium yang kosong,” kata Dalic.
Dalam aksi tersebut, Marcus Rashford telah terlepas dua peluang untuk menja-ringkan gol dan hampir untuk membalas dendam England apabila ditundukkan Croatia sekali gus terlepas peluang untuk mara ke pentas final Piala Dunia Rusia Jun lalu. – Agensi











