LONDON 9 Okt. – Kumpulan Greenpeace mendakwa syarikat minuman Coca-Cola, PepsiCo dan Nestle merupakan pengeluar sampah plastik terbesar di dunia. Menurut laporan Greenpeace dengan kerjasama gerakan `Break Free From Plastic’, pihaknya terpaksa melakukan sebanyak 239 pembersihan plastik di 42 negara seluruh dunia. Melalui usaha pembersihan itu mereka berjaya mengumpul sebanyak 187,000 keping plastik. Usaha itu dilakukan bertujuan untuk menyedarkan syarikat besar tentang `sumbangan’ mereka terhadap masalah pencemaran dunia. Greenpeace melaporkan,…










