ALOR SETAR 21 Okt. – Setelah sempurna beberapa istiadat yang berlangsung sejak lebih sebulan lalu, maka esok tibalah hari bersejarah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah akan secara rasminya ditabalkan selaku Sultan Kedah ke-29. Keterujaan rakyat menyaksikan upacara bersejarah itu tidak dapat dinafikan. Kehadiran mereka di kiri dan kanan jalan sewaktu istiadat perarakan sempena pertabalan semalam, cukup membuktikan segalanya. Masing-masing membicarakan sifat terpuji baginda sultan dan sultanah. Keramahan, senyuman dilemparkan baginda berdua…










