Cheng Hoe panggil lapan muka baharu - Utusan Malaysia

Cheng Hoe panggil lapan muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lapan muka baharu merupakan antara 26 pemain yang disenaraikan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk sesi latihan pusat skuad berkenaan bermula Rabu ini sebagai persediaan awal menghadapi Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada bulan hadapan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan muka  baharu berkenaan adalah enam pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) –  penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Safawi Rasid, Muhammad Syafiq Ahmad dan Ahmad Hazwan Bakri selain pemain  Perak, Nazirul Naim Che Hashim dan pemain Pahang, Nor Azam Abdul Azih.

Kenyataan FAM turut memaklumkan Cheng Hoe mengekalkan 18 pemain yang dipanggil ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Republik Kyrgyzstan di Melaka pada Selasa lepas yang menyaksikan skuad negara kalah 0-1.

Dalam pada itu, Cheng Hoe terpaksa menggugurkan dua pemain iaitu Kapten Pahang, Matthew Davies yang mengalami kecederaan lutut serta pemain JDT II, Muhammad Fazly Mazlan kerana urusan peribadi.

Tiga lagi pemain iaitu penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli, Mahalli Jasuli (PKNS FC) dan pemain  Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat diletakkan dalam senarai menunggu bersama dengan seorang lagi pemain  JDT, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Kenyataan FAM turut menjelaskan skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri  Sembilan dan padang rumput tiruan di Institut Semarak Felda, Bangi.

Pemain muda, Muhammad Syafiq Ahmad antara enam pemain JDT yang dipanggil Cheng Hoe. - Gambar failPemain muda, Muhammad Syafiq Ahmad antara enam pemain JDT yang dipanggil Cheng Hoe. – Gambar fail

 

Sebanyak 21 pemain akan melapor diri pada Rabu ini sementara lima pemain Perak hanya akan melapor diri pada 29 Oktober ini selepas aksi final Piala Malaysia yang melibatkan pasukan Perak dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada 28 Oktober ini.

Cheng Hoe dijangka mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan beraksi pada Piala Suzuki AFF 2018 selepas aksi persahabatan ‘A’ menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November ini. – Bernama
 
Senarai 26 pelatih:
Penjaga Gol: Farizal Marlias (JDT); Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak); Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United).

Pemain Pertahanan: Aidil Zafuan Abd Radzak; Adam Nor Azlin; Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT); Shahrul Saad; Amirul Azhan Aznan; Nazirul Naim Che Hashim  (Perak);  Mohd  Syazwan  Andik Mohd Ishak;  Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur).

Pemain Tengah: Azzizan Nordin (Sabah); Nor Azam Abdul Azih (Pahang); Muhammad Akram Mahinan  (Kedah);  D. Kenny Pallraj (Perak); Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT). 

Pemain Sayap: Muhammad Syahmi Safari (Selangor);  Mohamadou Sumareh (Pahang);   Muhammad  Akhyar  Abdul Rashid; Syazwan Zainon (Kedah);  Muhammad Safawi Rasid (JDT).

Penyerang: Shahrel Fikri Md Fauzi (Nakhon Ratchasima); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Muhammad Syafiq Ahmad; Ahmad Hazwan Bakri (JDT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN