Chelsea berjaya sekat hajat United - Utusan Malaysia

Chelsea berjaya sekat hajat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Impian Manchester United untuk muncul sebagai pasukan pertama yang berjaya menewaskan Chelsea dalam saingan Liga Perdana England musim ini tidak kesampaian apabila mereka sekadar terikat 2-2 pada aksi di Stamford Bridge malam tadi.

Dalam aksi itu, pasukan bimbingan Maurizio Sarri mempamerkan persembahan bertenaga dengan mengasak benteng pertahanan The Red Devils sebaik perlawanan dimulakan.

Turun sebagai pasukan pelawat, United terlebih dahulu ketinggalan apabila pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger berjaya membuka tirai gol menerusi tandukan menarik selepas menyambut hantaran sepakan penjuru daripada Willian pada minit ke-24.

Bersambung di babak kedua perlawanan, United berjaya mengikat kedudukan menerusi gol penyerang lincah dari Perancis, Anthony Martial pada minit ke-55.

Skuad kendalian Jose Mou-rinho kemudian kembali berjaya mengimbangi corak permainan pantas Chelsea sebelum Martial sekali lagi meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-73 untuk mereka berada di hadapan.

Ketika United bersedia untuk meraikan kemenangan tersebut, Ross Barkley muncul penyelamat Chelsea apabila menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Selepas menentang Chelsea, United bakal menanti kunjungan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara (Rabu) sebelum meneruskan saingan Liga Perdana England bertemu Everton di Old Trafford pada Sabtu depan.

Sementara itu, Chelsea bakal bertemu BATE Barisov (Jumaat) dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum menentang Burnley pada ahad depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN