Biarkanlah resah sayang, Sukar ku lalui, buat ku berduka Kenangkanlah oh semalam Walau cinta dikunci Janji tak ku lupa Demikian bait-bait lagu ciptaan Iman Wan, 52, yang bertajuk Cinta Tak Berganti dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Siapa sangka di sebalik keindahan lirik lagu itu tersimpan kisah hitam putih kehidupan Iman sekeluarga apabila anak keduanya, Adam, 17, disahkan menghidap autisme. Adam juga turut mengalami masalah…










