SAUDARA PENGARANG,
Penduduk di Seksyen 8, Shah Alam memohon jasa baik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengecat kembali besi penghadang tangga yang sudah pudar warnanya.
Aset ini terletak di Jalan Liku A 8/A, Seksyen 8, antara beberapa buah pangsapuri dengan premis perniagaan di situ.

Penulis pernah menyuarakan inisiatif ini dengan menghantar tweet kepada MBSA pada 15 Oktober 2018, diikuti dengan menulis e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam pada keesokan harinya.
Sudah tentu penduduk setempat merasa gembira kiranya MBSA dapat memenuhi hasrat ini.
Kamaruddin Hassan
Seksyen 8, Shah Alam










