CASSA gesa kerajaan awalkan tarikh larangan merokok kepada 1 Disember - Utusan Malaysia

CASSA gesa kerajaan awalkan tarikh larangan merokok kepada 1 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Bagi memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menyarankan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya mengawalkan tarikh larangan merokok di semua restoran dan premis makanan kepada 1 Disember depan.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, memandangkan larangan merokok ini dilihat memberi impak yang positif dan pada masa yang sama menghormati hak individu yang tidak merokok ketika menikmati makanan dengan persekitaran tanpa asap rokok, larangan itu perlu disegerakan.

“Dengan larangan ini, orang ramai akan lebih yakin untuk memilih mana-mana restoran atau gerai mahupun warung untuk menikmati makanan dengan keadaan yang selesa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan notis larangan merokok di semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara bermula 1 Januari 2019.

Larangan ini dikuatkuasakan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang digubal di bawah Seksyen 36 Akta Makanan 1983. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN