SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di daerah ini maut apabila motosikal diboncengnya terbabas sebelum dia digilis sebuah bas dalam kemalangan di Kilometer 69 Jalan Teluk Intan-Klang dekat Tali Air 8 Sekinchan di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang, Maizatul Maiza Mohd. Jalil, 17, beralamat Taman Cahaya Sungai Besar disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.
Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar dan merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, kemalangan dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Sekinchan dari Sungai Besar.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










