SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di daerah ini maut selepas motosikal diboncengnya terbabas lalu digilis sebuah bas dalam kemalangan di Kilometer 69 Jalan Teluk Intan-Klang dekat Tali Air 8 Sekinchan, di sini petang semalam. Dalam kejadian pukul 6.30 petang, Maizatul Maiza Mohd. Jalil, 17, beralamat Taman Cahaya Sungai Besar itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai…










