KUALA LUMPUR 18 Okt. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, cadangan pembinaan jambatan bengkok bukan datang daripada beliau sebaliknya perkara tersebut dicetuskan semula oleh kerajaan negeri Johor. Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji semula cadangan berkenaan setelah ia dikemukakan oleh kerajaan negeri Johor. “Cadangan pembinaan ini datang daripada Johor (kerajaan negeri), mereka kata mereka mahu bina jambatan bengkok. “Jadi kita akan kaji perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya