Cabang Arau dikuasai oleh calon daripada kem Mohamed Azmin - Utusan Malaysia

Cabang Arau dikuasai oleh calon daripada kem Mohamed Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 21 Okt. – Calon-calon daripada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang semua jawatan di Cabang Arau dalam pemilihan PKR negeri ini di sini, hari ini.

Bagi jawatan Ketua Cabang Arau, Izhar Kamaruddin Sudin menewaskan Asrul Nizan Abd. Jalil dari kem Rafizi Ramli dengan kelebihan 72 undi.

Izhar Kamarudin memperolehi sebanyak 305 undi mengatasi Asrul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena yang mendapat 233 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang Arau, Pengerusi PKR negeri, Mohammad Faisol Abd. Rahman menewaskan K. Manivanan dengan kelebihan 62 undi.

Bagi jawatan-jawatan lain turut dikuasai oleh calon-calon daripada kem Mohamed Azmin.

Walau bagaimanapun Cabang Kangar dan Padang Besar pula dikuasai oleh calon-calon daripada kem Rafizi termasuk bagi jawatan Ketua Cabang yang masing-masing dimenangi oleh Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan Amran Kamaruddin.

Noor Amin yang memperoleh sebanyak 93 undi menewaskan penyandangnya selama dua penggal, Ko Chu Liang yang mendapat sebanyak 67 undi.

Amran pula menewaskan Ammar Gazali dengan majoriti 62 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN