CAAM lakukan audit keselamatan - Utusan Malaysia

CAAM lakukan audit keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 31 Okt. – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melakukan audit keselamatan terhadap syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini dari semasa ke semasa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, audit adalah bagi memastikan aspek keselamatan penerbangan berada di tahap terbaik dan mematuhi segala piawaian yang ditetapkan.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana syarikat penerbangan tetapi untuk adil kepada semua, mana-mana syarikat penerbangan pun yang beroperasi di Malaysia, kita mahu pastikan tahap keselamatan berada di tahap terbaik.

“Keselamatan bukanlah sesuatu yang kita kompromikan. Keselamatan adalah keutamaan tertinggi kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Majlis Perkapalan dan Perlabuhan Kebangsaan (NSPC) Yang Pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Sesi berkenaan membincangkan perkembangan, cabaran dan hala tuju sektor perkapalan dan pelabuhan yang menjadi tunjang pertumbuhan dagangan serta ekonomi negara.

Sebelum ini dilaporkan sebuah pesawat penerbangan Lion Air terhempas di laut di perairan Pulau Jawa membawa sekurang-kurangnya 188 penumpang dan anak kapal.

Jurucakap agensi pasukan mencari dan menyelamat Indonesia, pesawat JT610 terputus hubungan 13 minit selepas berlepas dan sebuah kapal tunda yang meninggalkan sebuah pelabuhan di ibu negara ini melihat jet penumpang itu terhempas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN