PENGERANG 28 Okt. – Seorang buruh warganegara Bangladesh meninggal dunia setelah tertimbus dalam runtuhan sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Pengerang ke Sungai Rengit, dekat sini pukul 9.40 pagi tadi.
Kemalangan berlaku dipercayai ketika pekerja asing yang berusia 42 tahun itu sedang bekerja sebelum insiden tersebut dimaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Penawar.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan memberitahu, penyelia di tempat pembinaan itu memaklumkan ketika kejadian hanya terdapat mangsa di kawasan berkenaan.
“Pihak bomba mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus dan operasi tamat pukul 11 pagi,” demikian menurut kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE










