Menurut Pakar Perunding Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr. Vineya Rai Hakumat Rai, masyarakat perlu diberi kesedaran tentang penggunaan ubat-ubatan dengan betul bagi mengelak sebarang komplikasi atau penyalahgunaan. Beliau mengingatkan semua ubat adalah dadah dan apabila ubat disalahgunakan mesti ada kesan sampingannya. Paracetamol adalah ubat penghilang kesakitan paling selamat tetapi jika mengambil dos berlebihan, ia boleh menyebabkan kerosakan hati akut. Paracetamol, saran beliau, tidak diambil lebih daripada empat hingga enam gram sehari. Namun rawatan sendiri membuatkan kadang-kadang pesakit tidak sedar yang mereka ambil ubat melebihi had sepatutnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya