WASHINGTON 25 Okt. – FBI sedang menyiasat bungkusan mengandungi bom yang dikirim kepada ahli politik yang lantang mengkritik Presiden Donald Trump.
Bom pertama ditemui di dalam peti surat di rumah George Soros merupakan ahli perniagaan yang menyumbang dana untuk Parti Demokratik.
Lewat Selasa dan awal Rabu, lagi bahan letupan dikirim ke alamat kediaman bekas calon presiden Demokratik yang juga Setiausaha Negara Hillary Clinton di Washington.
Selain kediaman bekas presiden Barack Obama, turut menjadi sasaran ialah Eric Holder, peguam negara pentadbiran Obama; John Brennan, pengarah CIA director juga pemerintahan Obama dan bungkusan itu dihantar ke pejabat CNN di New York, lokasi Brennan sering tampil pada program televisyen berkenaan.
FBI mengesahkan bungkusan terbabit mengandungi bahan yang berpotensi memusnahkan dan mengikut laporan ia berbentuk bom paip dan diletupkan menggunakan fius.
Setakat ini tiada suspek yang diberkas dan bungkusan itu telah dihantar ke makmal FBI di Quantico, Virginia untuk dianalisis. – REUTERS










