Bukti OKU mampu berjaya - Utusan Malaysia

Bukti OKU mampu berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Walaupun cacat kedua-dua belah tangan dan kaki, ia tidak menghalang Suhazli Muha­mad, 26, memperoleh Ijazah Sarjana Kejuruteraan Perisian dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42 yang bermula hari ini.

Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, kejayaan tersebut membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menamatkan pengajian di peringkat tinggi walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Saya terpaksa mengengsot untuk bergerak ketika pertama kali masuk asrama dan selepas beberapa bulan berdikari, segala rutin menjadi mudah dengan bantuan universiti dan rakan-rakan.

“Pengorbanan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan tidak saya lupakan dan sekarang adalah masa untuk membalas budi mereka,” katanya selepas majlis konvokesyen universiti itu di kampus UPM dekat sini hari ini.

Beliau kini bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN