DI pulau keramat Langkawi baru-baru ini, sekumpulan wartawan hiburan diterbangkan oleh Fadzil Teh, pengasas syarikat produksi Zeel Production untuk meninjau kerja-kerja pembikinan drama Lelaki Kiriman Tuhan yang dibintangi pelakon terkenal, Remy Ishak. Peluang sudah menanti di depan mata, maka Remy menjadi tumpuan wartawan yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada dia sendiri mengenai rencana pernikahannya yang sehingga sekarang masih belum direalisasikan. Sementelah pelbagai spekulasi kurang enak mengenai hubungan Remy dengan Ezza sampai pada telinga menyebabkan media mahu mendengar sendiri daripada mulut aktor tampan itu bagaimana dia menguruskan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya