SEREMBAN 22 Okt. – Kes sebuah premis memproses sate tulang Jelebu di sini yang diarah tutup semalam kerana didapati kotor turut memberi kesan kepada beberapa pengusaha sate tulang lain. Pengusaha Ratu Sate Tulang Jelebu, Quratun Aini Abu Mansor, 22, berkata, dia mendapat banyak panggilan daripada pelanggan bertanyakan sama ada premis yang diarah tutup di Senawang itu miliknya. “Walaupun saya adalah anak kepada pemilik gerai sate terbabit tetapi perniagaannya tiada kaitan…










