KETIKA berucap pada satu majlis di Jakarta semalam, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mengingatkan para pemimpin dalam kalangan pejabat pemerintah harus lebih bijak daripada kakitangan mereka dan mampu memimpin sesuai dengan perkembangan terkini. “Jadi pemimpin itu harus pintar, bijaksana dan memahami anak buah (kakitangan). Ertinya anda harus lebih pintar daripada anak buah, mengetahui lebih daripada anak buah. Anda tidak boleh memimpin hanya berdasarkan sehelai surat arahan,’’ kata Jusuf. Peringatan itu…










