LANGKAWI 23 Okt. – Tindakan segelintir pemandu teksi yang keluar dewan pada majlis dialog bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini bukan biadab, sebaliknya menggambarkan kekecewaan mereka apabila Perdana Menteri gagal menunaikan janji untuk membela nasib golongan tersebut. Ahli Jawatankuasa Persatuan Teksi Langkawi, Dahlim Ibrahim, 62, yang turut berada dalam majlis itu berkata, mereka yang meninggalkan dewan itu bukan diupah seperti dakwaan sesetengah pihak, sebaliknya pemandu teksi yang merupakan penyokong…










