SAUDARA PENGARANG,Sangat menyedihkan apabila ada segolongan pemandu teksi yang biadab terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada beliau. Persoalannya, di manakah letaknya rasa hormat antara rakyat dengan pemimpin sehinggakan mereka tergamak melakukan perbuatan yang biadab tersebut tanpa memikirkan kesannya kepada persepsi masyarakat lain. Lebih menyedihkan apabila nilai kesopanan dan kasih sayang dalam kalangan kita sudah lenyap, mungkin kerana peredaran zaman atau pengaruh negatif luar…










