SILATURAHIM adalah satu perkara yang amat dituntut Islam untuk dihubungkan. Tanpanya sudah pasti institusi kekeluargaan bakal menjadi pincang dan runtuh seterusnya mengakibatkan tergugatnya keharmonian. Allah SWT memerintahkan hamba-Nya supaya menghubungkan silaturahim sesama ahli keluarga terdekat mahupun yang jauh. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat memperkata mengenainya, juga dalam hadis-hadis Nabi SAW yang sangat memberikan perhatian terhadap hubungan ini. Ini adalah bukti jelas betapa pentingnya silaturahim. Umat Islam sewajarnya cakna terhadap hubungan…









