Buah tin jadi tarikan - Utusan Malaysia

Buah tin jadi tarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 22 Okt. – Jika sebelum ini Janda Baik di sini terkenal dengan Halia Bentong, kini ia mempu­nyai tarikan baharu iaitu buah tin bermutu tinggi.

Sehingga kini, penanaman buah berkhasiat berkenaan mendapat tempat dalam kalangan penduduk setempat apabila merekodkan kira-kira 4,000 pokok tin di tanah seluas dua hektar.

Pengusaha penanaman po­kok tin Benefigs, Mohamad Hafidz Arifin berkata, potensi penanaman buah berkenaan membuatkannya berhenti kerja makan gaji dengan Petronas dan menceburi penanaman buah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, selepas tiga bulan pokok ini mengeluarkan hasil pertama yang baik dan berkualiti dengan rasa manis yang mana buah paling besar seberat 124 gram sebiji.

“Ia jelas menunjukkan bahawa tanah dan cuaca di sini sesuai untuk mengeluarkan buah tin berkualiti dan rasa yang manis,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Musim Menuai Buah Tin Be­nefigs di sini, baru-baru ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ke­tari, Syefura Othman dan Pengarah Pejabat Pelancongan negeri, Datuk Idrus Yahya.

Menurut Mohamad Hafidz, dia menanam sebanyak 400 pokok tin di dalam rumah hijau yang melibatkan pelaburan kira-kira RM200,000.

Katanya, buah berkenaan dipasarkan terus kepada pembeli yang mana orang ramai boleh berkunjung dan memetik sendiri buah berkenaan di rumah hijau miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini