KUANTAN 5 Okt. – Dewina Holdings Sdn. Bhd. (Dewina) terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama produk sedia untuk dimakan (MRE) jenama Brahim’s dengan memperkenalkan tiga perasa baharu bagi kategori nasi. Pengarah Urusan Kumpulan Dewina, Nur Fatin Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya sentiasa melakukan inovasi dengan pelbagai pilihan produk mengikut kehendak dan keperluan semasa pengguna. “Hasil daripada maklum balas pengguna setia bagi lebih 40 rangkaian produk Brahim’s, kami melancarkan produk…










