BOURNEMOUTH 2 Okt. – Bournemouth mencuri satu mata berharga apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Junior Stanislas menyempurnakan penalti di Dean Court, semalam. Skuad kendalian Eddie Howe terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan David Brooks sebelum Patrick Van Aanholt menjaringkan gol kontroversi bagi menyamakan pada babak kedua. Van Aanholt jelas berada dalam kedudukan ofsaid namun Bournemouth tenang mengekalkan rentak permainan…










