KOTA KINABALU 21 Okt. – Skuad Bos Gaurus ternyata lebih ampuh untuk layak ke final Piala Malaysia selepas menjinakkan Skuad Badak dengan kemenangan agregat 7-2. Di Stadium Likas malam ini, dua jaringan daripada penyerang sensasi, Gilmar Jose Da Silva cukup untuk menamatkan sisa-sisa perjuangan Sabah yang berazam untuk mencipta keajaiban di tempat sendiri. Dalam perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu, Perak berjaya membelasah Sabah 5-0. Sabah yang lebih banyak bertahan…









