GEORGE TOWN – Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri menemui sebuah kontena misteri di tapak pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong, Jalan Bukit Kukus, Relau di sebentar tadi.
Timbalan Pengarah Bomba negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya telah menemui struktur ke-13 yang dipercayai dijadikan tempat tinggal pekerja kontrak terbabit di lokasi kejadian.
“Mengikut maklumat awal, kita hanya menerima sebanyak 12 kontena sahaja yang terlibat tetapi, petang tadi kita menemui sebuah lagi kontena misteri yang tidak dilaporkan sebelum ini.
“Kita akan meneruskan usaha mengangkat kontena itu sebentar lagi. Maklumat lanjut akan diberitahu nanti,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini tadi. – K! ONLINE










