Bomba cadang wujudkan K9 sektor Utara - Utusan Malaysia

Bomba cadang wujudkan K9 sektor Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 28 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) merancang untuk mewujudkan Unit Pengesan (K9) bagi sektor utara.

Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata, unit berkenaan kelak diyakini akan membantu melancarkan operasi mencari dan menyelamat di bahagian utara yang mempunyai lebih empat juta penduduk.

Katanya, ketika ini sekiranya berlaku bencana seperti tanah runtuh, JBP terpaksa mengerahkan aset K9 yang berpengkalan di Selangor.

“Bomba mempunyai 24 ekor anjing K9 di Jalan Klang Lama dan sekiranya diwujudkan di utara, kita memerlukan sekitar 12 ekor untuk operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Bomba Survival Di Dapur, di sini hari ini.

Katanya, bagaimanapun pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan kerajaan kerana  menelan kos besar, namun kepakaran Unit K9 Bomba Malaysia  terbukti berkesan malah turut menjadi rujukan negara-negara jiran.

“Unit K9 Bomba turut memainkan peranan penting dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Paya Terubong pada minggu lalu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN