KUANTAN – Hospital Raub terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memotong besi sepanjang 0.5 meter yang tertusuk pada kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki dalam kejadian petang semalam.
Menurut Ketua Zon 3 JBPM Pahang, Shahrulnizam Nasir, mereka dihubungi pihak hospital kira-kira 3 petang semalam.
“Anggota bomba menggunakan alat khas untuk memotong besi itu yang mengambil masa kira-kira lima minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Nurhan Haziq Mohd. Zaidi, 8, tertusuk besi pada 12 tengah hari semalam semasa bermain dengan rakan. – Bernama










