Bom turut dihantar ke premis Biden, De Niro - Utusan Malaysia

Bom turut dihantar ke premis Biden, De Niro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 26 Okt. – Sebanyak dua butir bom dihantar ke kediaman bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan ketiga kepada kediaman pelakon Robert de Niro, semalam dan semua bahan letupan itu serupa dengan peranti yang dihantar ke beberapa hartanah pemimpin berprofil tinggi parti Demokrat dan pengkritik Presiden, Donald Trump.

Bagaimanapun tidak ada satupun daripada 10 peranti itu meletup namun pihak berkuasa meningkatkan usaha memburu pengebom bersiri itu ketika AS berdepan musim kempen pilihan raya menjelang pilihan raya pada 6 November ini,

Pemimpin Demokrat mengecam perkembangan itu sebagai berbahaya dan menyalahkan retorik politik yang dibawa oleh Trump sebagai punca insiden tersebut namun Presiden AS itu menyalahkan media ekoran insiden itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN