KABUL – Beberapa siri letupan kuat menggegarkan pusat pengundian di seluruh negara semalam menyebabkan ratusan mangsa terbunuh dan cedera.
Kejadian itu menyebabkan perjalanan pilihan raya menjadi kacau-bilau dengan banyak lokasi pengundian masih ditutup kerana gangguan teknikal dan kekurangan kakitangan.
Sekurang-kurangnya 130 cedera atau terbunuh di seluruh negara, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohibullah Zeer sejam selepas militan Taliban memberi amaran kepada pengundi supaya memboikot pilihan raya ‘demi melindungi nyawa mereka’.
Badan bukan kerajaan Itali, Emergency berkata, seramai 37 orang dibawa ke hospital di Kabul termasuk mayat seorang kanak-kanak.
Walaupun diancam serangan militan, para pengundi tetap menunggu selama berjam-jam sebelum pusat mengundi dibuka di seluruh negara dan banyak juga yang masih ditutup selepas lebih enam jam pilihan raya dimulakan.
Selepas persiapan tidak teratur, senarai pendaftaran pengundi ada yang hilang selain gangguan peranti pengesahan pengundi biometrik. – AFP









