KUALA LUMPUR 28 Okt. – Kelab Veteran BH dan Kelab Veteran Utusan Melayu akan mengadakan perlawanan bola sepak amal bagi mengumpul sumbangan untuk tabung mangsa gempa bumi dan tsunami Palu, Sulawesi, Indonesia.
Perlawanan persahabatan membabitkan penyertaan wartawan dan bekas wartawan kedua-dua syarikat akhbar itu juga diharapkan dapat menimbulkan kesedaran pelbagai pihak untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa bencana berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail dijadual berkenan untuk mencemar duli ke perlawanan itu.
Perlawanan akan diadakan pada pukul 5 petang, di Padang Kelab Kilat, Tenaga Nasional Berhad, Jalan Bangsar, 5 November ini.
Sumbangan akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Mereka yang berminat untuk menghulurkan sumbangan boleh menghubungi penganjur, Borhan Abu Samah di talian telefon 019-358 7157 atau Datuk Karim Mustafa 012-786 3544.










