KUALA LUMPUR 31 Okt.- Rundingan bersama MCA berhubung hasrat penjenamaan dan penstrukturan semula Barisan Nasional (BN) hanya akan dilakukan selepas parti itu mengadakan pemilihan mereka pada 4 November nanti. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tiada guna untuk rundingan tersebut dijalankan ketika ini sekiranya selepas pemilihan itu MCA membuat keputusan untuk keluar daripada BN. “Perbincangan dengan MCA kita menunggu selepas pemilihan mereka kerana kalau kita bincang sekarang…










