AWANG cukup risau setiap kali melihat gelagat lori atau treler yang membawa muatan berat di jalan raya. Kadang-kadang seperti berlumba, mengatasi kelajuan kereta. Lebih membimbangkan, sejak kebelakangan ini banyak nahas yang mengorbankan nyawa melibatkan lori. Terbaharu, lima sekeluarga rentung. Kelmarin, sebuah lori dipandu secara melawan arus, satu perbuatan yang boleh dianggap tidak waras. Kementerian Pengangkutan perlu melakukan sesuatu bagi mendisiplinkan pemandu lori yang sesetengahnya menganggap kenderaan mereka sebagai ‘raja’ di…










