BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 OKTOBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 20 OKTOBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELMARIN, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat yang mengandungi enam tonggak utama, antaranya mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam, memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat dan menuju ke arah pembangunan wilayah seimbang.

Agenda yang dibentangkan bermatlamat untuk mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Malaya dan menjadikan negara ini kembali dihormati oleh dunia kerana ia didakwa sudah dirosakkan oleh kerajaan terdahulu.
 Awang tidak mahu berpolemik soal itu. Cuma apa yang Awang harapkan RMK-11 itu tidak menjadi seperti manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang banyak tidak dapat ditunaikan atas pelbagai sebab dan alasan.

Justeru Awang berharap kalau betul negara mahu menjadi ‘harimau’, semua pihak perlu bekerjasama menjayakannya termasuk rakyat. Namun, pada masa sama peranan anggota-anggota Kabinet amat penting bagi merealisasikan impian Perdana Menteri itu.

Mereka perlu lebih cepat belajar untuk memahami portfolio masing-masing dan menghentikan sikap ‘menjaja’ seluruh dunia menuding jari dan menyalahkan kerajaan terdahulu. Bukalah lembaran baharu. Sudah lima bulan Malaysia diperintah oleh Pakatan Harapan, takkanlah masih bercakap perkara lama. Kalau sikap itu berterusan, Awang bimbang kita tetap boleh jadi ‘harimau yang mengaum’ tetapi bukan peringkat Asia sebaliknya dalam gelanggang sendiri sahaja. Tiada faedah pun.

Awang – Tunggu hasil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN