BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 17 OKTOBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 17 OKTOBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG menyambut baik tindakan segera dan tegas yang diambil oleh Kementerian Kesihatan berhubung larangan merokok di bangunan Parlimen yang berkuat kuasa kelmarin. Tahniah kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefli Ahmad yang `berani mengambil risiko’.

Ketegasan kementerian terbukti apabila lapan individu termasuk seorang anggota Parlimen diberi notis kompaun berhubung kesalahan itu. Tindakan tanpa memilih kedudukan itu amat dialu-alukan bagi mendidik perokok termasuk anggota Parlimen menghormati peraturan ketika berada di dalam bangunan itu.

Diharapkan, tindakan itu tidak bersifat sementara sebaliknya berterusan. Difahamkan lebih 20 anggota kementerian ditugaskan untuk memantau lokasi yang sering menjadi tumpuan perokok di bangunan itu. Alangkah baiknya jika tindakan yang sama dilakukan secara konsisten di semua lokasi yang diisytiharkan sebagai zon larangan merokok.

Bagaimanapun kekangannya adalah keupayaan kakitangan untuk melaksanakan tanggungjawab itu. Mungkin boleh dimulakan dengan operasi besar-besaran supaya pelbagai langkah untuk mendidik perokok meninggalkan tabiat buruk mereka benar-benar berkesan.

Awang juga mengalu-ngalukan keputusan kerajaan menaikkan harga jualan runcit bagi semua jenama rokok mulai bulan depan. Kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Anggaplah kenaikan itu sebagai langkah untuk mendidik perokok berhubung penjagaan kesihatan dan bukannya sebagai Ssatu bebanan.

 

AWANG – Kekal bukan perokok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN