NILAI – Pengenalan produk biosimilar tempatan akan menawarkan pengurangan kos ubat sehingga 40 peratus serta membantu dalam merawat penyakit seperti kanser.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan yang mengenal pasti keperluan itu menubuhkan syarikat Inno Bio Ventures Sdn. Bhd. (InnoBio) sejak 16 tahun lalu.
Menurutnya, amat penting bagi Malaysia kerana dianggarkan 73 peratus kematian di negara ini berpunca daripada penyakit tidak berjangkit termasuk kanser.
“InnoBio ditubuhkan kerajaan pada 2002 dengan infrastruktur dan kepakaran untuk menghasilkan ubat-ubatan biologi tempatan bagi kegunaan domestik dan pasaran dunia.
“Dengan usaha dan kerjasama sinergi antara pihak yang berkaitan, saya yakin aspirasi kami untuk Malaysia meningkatkan aksesibiliti dan kualiti penjagaan kesihatan akan dapat dicapai,” katanya ketika merasmikan Karnival Biosimilar 2018 di Kompleks Inno Biologics di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.









