DAR ES SALAM, Tanzania 11 Okt. – Seorang lelaki yang didakwa merupakan bilionair termuda Afrika diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng, di sini. BBC melaporkan, bilionair yang dikenali sebagai Mohammed Dewji, 43, dipercayai diculik di luar gim di sebuah hotel. Setakat ini, tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan dan dua daripada penculik tersebut dipercayai merupakan warga asing. Polis bagaimanapun menyatakan bahawa motif penculikan Dewji belum dapat dikenal pasti. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya