Bilangan pakar jantung akan ditambah - Utusan Malaysia

Bilangan pakar jantung akan ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan akan menambah bilangan pakar dalam penjagaan kesihatan jantung untuk memastikan perkhidmatan terbaik dan memandangkan jumlah pesakit jantung yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye., berkata, bilangan pakar perubatan kardiologi atau jantung di hospital kerajaan setakat ini hanya 30 hingga 40 orang dan KKM memerlukan kira-kira 120 hingga 150 pakar jantung untuk berkhidmat di sembilan pusat rawatan jantung di seluruh negara.

KKM sudah menyediakan pelbagai latihan dan seminar khusus kepada doktor supaya mereka lebih berminat untuk menjadi pakar jantung.

“Selepas latihan ini, mereka akan ditempatkan di pusat rawatan jantung seperti di Hospital Serdang bagi mempersiapkan diri dan kami percaya dengan latihan serta peluang yang diberikan dapat melahirkan lebih ramai pakar jantung,” katanya selepas merasmikan 9th National Acute Myocardial Infarction Course (NAMIC) anjuran Jabatan Kardiologi, Hospital Serdang di sini, hari ini.

Boon Chye berkata, kes penyakit jantung di negara ini semakin meningkat dengan warga emas paling banyak mengalaminya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN