TIADA niat untuk mengungkit. Apatah lagi minta jasa dibalas. Apa yang aku lakukan adalah atas dasar perhubungan darah dengannya. Kami hanya dua beradik. Aku yang sulung dan dia satu-satunya adik lelaki tunggal dalam keluarga. Keluarga kami bukanlah orang kaya. Sedang-sedang sahaja. Maklumlah, ibu dan ayah tidak berpelajaran tinggi tapi masih mampu menyara keluarga. Kalau kawan-kawan bercerita dia makan ayam goreng itu dan ini, aku hanya mampu tersenyum kelat. Yang penting…










