Bersatu tidak jamin kepentingan Melayu - Utusan Malaysia

Bersatu tidak jamin kepentingan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa tidak dapat menjamin kepentingan Melayu dan bumiputera memandangkan pemimpin muda parti itu sendiri tidak menjiwai idea­lisme yang pernah diperjuangkan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau mende­ngar butir-butir kata pe­mimpin muda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Youtube yang semacam mahu menanggalkan identiti politik berasaskan bangsa dan mahu memperjuangkan hak kesaksamaan kaum di Malaysia.

“Bagi beliau (Syed Saddiq) agenda Melayu seolah-olah tidak lagi relevan dalam landskap politik Malaysia Baharu.

“Makin terserlah sedikit demi sedikit pendirian Bersatu yang hakikatnya hanya 13 kerusi Parlimen dalam Pakatan Harapan, sudah mulai tunduk kepada kehendak parti majoriti DAP yang konsisten membawa agenda Malaysian Malaysia yang mahukan ke­saksamaan dan kesamarataan hak antara kaum,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut mengulangi gesaan kepada Syed Saddiq untuk mengadakan dialog secara terbuka bagi membincangkan isu agenda Melayu.

“Sekali lagi saya mohon Syed Saddiq untuk meluangkan masa untuk kita berdialog secara terbuka bagi membincangkan mengenai masa depan agenda Melayu secara ilmiah dan objektif.

“Matlamat dialog bukan mencari siapa pemenang dan hebat berdebat kerana saudara sudah dinobatkan pendebat terbaik, tetapi lebih kepada mencari kebenaran dan titik-titik persamaan demi masa depan bangsa dan agama kita sebelum lebih parah diperkotak-katik dan dipolemik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN